Wednesday, June 13, 2012

Black Pepper Boneless Chicken Salad


Ini salah satu favourite hubby dan anak2. Tak terlampau berat tapi masih lagi mengenyangkan. Selalunya saya buat salad ni kalau rasa macam dah terlebih makan beberapa hari sebelum tu. Atau semasa saya dan hubby takde rasa nak makan nasi. Senang cite...sesuai kalau orang nak berdiet! :-)

Kebetulan anak-anak pun suka sangat makan sayur, jadik untuk make sure diorang rasa kenyang bila makan salad ni, saya tambahkan pasta dalam hidangan diorang.

Ini resepinya...

Bahan :-

Boneless Chicken (diperap dgn serbuk lada hitam & garam) - grill
Daun2 salad
Cherry Tomato
Carrot (disagat halus)
Celery
Olive oil
Sebiji lemon
Seulas bawang putih (cincang halus)
Garam
Basil herbs

Cara-caranya :-

Masukkan kesemua bahan2 di atas. Campurkan dgn Olive oil, bawang putih, Basil herbs, perahan lemon dan garam. Gaul rata. Masukkan ayam yg dah di siat halus. Masukkan pasta atau spaghetti (kalau nak kenyang lagi). Gaul rata dan dah sedia untuk dimakan.

*  Kalau nak ditambah dengan crouton (roti yg telah dipotong dadu dan dibakar rangup) pun bole...

Selamat mencuba! ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...