Senang je nak buat ni. Hihihi....Ini pun saya buat bila anak2 tengah takde selera makan atau ketika kesuntukan masa nak sediakan makanan untuk anak2 dalam masa yang singkat.
Caranya ialah....saya potong panjang2 kentang tu, saya rendam dgn air garam. Pastu, saya goreng dgn api yg sederhana. Tutup kuali tu dan biarkan kentang tu masak dan garing. Bila dah diangkat dan ditoskan, taburkan sedikit lada sulah jika suka. Sedap dimakan bersama sos cili/sos tomato ataupun mayonis.
Saya kurang suka dengan makanan segera. Jadi ini salah satu cara saya nak elakkan dari terlalu kerap makan makanan segera.
No comments:
Post a Comment