Setelah adunan digaul rata, masukkan adunan ke dalam bekas plastik.
Alaskan dengan plastik yg telah disapu dgn marjerin/butter.
Mampatkan dan cover di bahagian atas dgn plastik agar tak melekat nanti.
Masukkan ke dalam fridge dalam sejam atau dua jam.
Ini lah rupa adunan Kek Batik selepas dikeluarkan dari bekas.
Terbalikkan kek dan tanggalkan plastik yg melekat di bahagian bawahnya.
Kek dah sedia untuk dipotong.
Ini la rupa selepas dipotong.
Jika dimasukkan ke dalam bekas yg tinggi sikit, lagi bole nampak corak batiknya...
SELAMAT MENCUBA!
VERSION 1
Bahan :-
Biskut Marie
Milo
Creamer
Air panas
VERSION 2
Bahan :-
Biskut Marie
Serbuk Koko
Susu Pekat
Air panas
Caranya :-
* Patahkan dua setiap keping biskut marie tu. Jgn patah terlalu kecik sebab biskut ni cepat kembang. Nanti tak dapat corak batiknya..
* Taburkan serbuk koko/milo ke atas biskut2 tu. Gaul rata.
* Jika guna creamer, campurkan terus dgn air panas. Tuang rata dan gaul cepat2. Kalau guna susu pekat, tuangkan susu pekat ke dalam adunan. Gaul rata. Baru tuangkan sedikit air panas.
* Jangan guna air panas banyak sangat sebab adunan biskut ni mudah kembang.