Tuesday, January 14, 2014

Multigrains Rice

Apa itu multigrains rice? Multigrains rice tu adalah kombinasi nasi yg dimasak bersama kekacang2 yg lain.

Saya mula tahu pasal ni nila tengok banyak rencana2 Korea. Rakyat Korea lebih2 lg 'cancer survivor' mengamalkan pemakanan begini dan ada yg 'free cancer' sekarang ni.

Begitu juga bagi penghidap kencing manis, hypertension, jantung, dan lain2. Senang cerita, jika kita tukar pemakanan kita kepada yg lebih sihat, insyaAllah segala penyakit dapat dielakkan.

Yg pasti, selalunya beras yg digunakan ialah beras perang (brown rice). Sebolehnya elakkan menggunakan beras putih. Err...kalau nak explqin panjang kat sini. Bole google kenapa beras putih x berapa bagus ye...hihihi...

Kekacang yg bole dimasukkan ada pelbagai seperti :-

*  Kacang hijau
*  Kacang dal
*  Barli
*  Kacang merah
*  Kidney bean (yg buat lepat pulut tu..)
*  Kuaci labu (pumpkin seeds)
*  Kuaci bunga matahari
*  Kacang kuda
*  Oats kasar

Dan baaaanyak lagi...! Kita la yg kena kreatif.

Tips :-

-  Untuk kekacang yg lambat kembang, rendam dlm air panas kejap
-  Untuk yg mudah kembang, basuh sekali dgn beras mcm biasa.
-  Untuk oats, masukkan lepas beras dah dibasuh.


Saya doakan perkongsian saya ini jika dimanfaatkan dan kita sama2 tukar pemakanan kita, semoga diberi kesihatan yg lebih baik ye...ameen... (^_^)

Wednesday, September 18, 2013

5 items as a start towards healthy life

Sekarang ni terlalu banyak penyakit2 yg merbahaya di dunia ini. Terutamanya ialah kanser dan yg lain2 pun seperti sakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan lain2.

Saya percaya yg ini disebabkan makanan sehari2 mengandungi terlalu banyak bahan2 chemical yg bukan dtg dari sumber asli. Kanak2 pun semakin ramai yg menghadapi masalah alahan dan juga asma. Termasuk la anak2 saya sendiri.

Timbul lah rasa lebih berhati2 saya pada segala makanan yg kami ambil. Dari situ, saya mula tukar sedikit demi sedikit barangan makanan saya dari masa ke semasa. Di bawah ini adalah beberapa barangan yg saya guna skrg ini iaitu :-

1)  Nasi Putih  >  Nasi Perang

      Bagi yg tidak biasa dgn nasi perang ni bole mulakan dgn ratio 50 : 50 dlm sukatan beras.

2)  White Sugar  >  Brown Sugar

      Saya gunakan dlm bancuhan air atau dlm masakan. Sedap jgk! :-)

3)  Garam biasa   >  Himalayan Rock Salt

      Pun tak byk beza rasanya....

4)  Natural Soda

     Saya amalkan minum air soda + garam + lemon utk alkaline kan dalam badan saya.

5)  Tepung biasa  >  Unbleached flour

      Selepas tahu akan bahayanya penggunaan Benzoyl Peroxide dlm tepung, saya mula menggunakan unbleached flour ataupun organic flour.

Ada byk lg yg anda bole tukar dlm bahan makanan/masakan. Dari kesedaran ini juga la saya mula byk buat homemade food. Saya selalu elakkan processed food tapi sekali sekala tu ada juga membelinya dlm jumlah yg minimum.

Bagi anda yg baru nak mula, sebaiknya mulakan sedikit demi sedikit ye agar tidak dirasakan menyusahkan....hihi...  Anda bole google untuk ketahui setiap khasiat atau kebaikan barangan2 di atas.

Saya hanya ikhtiar demi kesihatan kami sekeluarga. Saya hanya berkongsi cerita dgn anda. Mudah2an dgn usaha yg sedikit ni bole menjauhkan kita semua dari penyakit yg merbahaya...ameen... Semoga kita dpt meluaskan niat kita utk menjadi keluarga Islam yg sihat...(^_^)

Tauhu, Kentang Goreng Cencaluk

Tengok nama pun rasa mcm..."biar betul??"....Yup! Sounds like crazy but its yummy actually....hihihi...

Ini salah satu lauk yg kdg2 saya buat bila tgh takde idea nak mkn apa. Bahan2nya pun senang je...

Bahan :-

Setengah botol cencaluk
2 biji bawang besar (nak lebih pun bole)
5 ulas bawang putih
Cili padi (ikut suka nak byk mana)
Tauhu (digoreng)
Kentang (digoreng)

Caranya :-

*  Hiris bwg besar, bwg putih dan cili padi.
*  Tumis hingga naik bau.
*  Masukkan setengah botol cencaluk. Gaul rata.
*  Masukkan tauhu dan kentang yg dah digoreng. Gaul rata.

Dah siap...:-)  Sgt sedap dimakan dgn nasi panas2...

Thursday, September 12, 2013

Homemade Ice cream

I just realize that i have not share with you my simple ice cream recipe. Sorry for that okay....its my age factor...:P hahahaha...!

After lots of google-ing, experimenting and adjusting the recipe, this is the best (so far) recipe that all of us like. Not too sweet...

Homemade is better that what u buy from the shop as no preservatives added in and u make it with love...*wink* <3

Ingredients :-

1 cup        Fresh milk
1/3 cup    Condensed milk
1                Egg
1 tbs         Ovellette
Flavour

How to do it :-

Whisk sampai kembang, and then add any flovour that u like.

Selamat Mencuba! 

Tuesday, June 25, 2013

Homemade Roselle Cordial and Jam



Kenapa saya suka buat sendiri Kordial Roselle dan Jem..?? Sebab anak2 saya tak bole minum kordial yg lain disebabkan oleh pewarna atau bahan pengawet yg digunakan. Even kordial yg terkenal pun anak saya tak bole minum.

Ini resepi saya...

Kordial Roselle

Bahan :-

Bunga Roselle (dibuang tampuk tengahnya)
Gula
Air

Caranya :-

*  Bunga dimasak dgn air hingga menggelegak. 
*  Masukkan gula mengikut rasa.
*  Tutup api bila air sudah menggelegak.
*  Tapiskan air tersebut dan asingkan bunga roselle utk dibuat jem pula.


Jem Roselle

Bahan :-

Bunga roselle (yg sudah diguna utk buat kordial)
Gula
Limau Kasturi

Caranya :-

*  Kisar bunga roselle dan masak dlm kuali sehingga hampir kering.
*  Masukkan gula mengikut rasa dan gaul rata sehingga pekat dan kering.
*  Perahkan sedikit limau kasturi utk wangi dan juga utk bagi tahan lama.
*  Masak hingga betul2 kering atau tua. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...