Kenapa saya suka buat sendiri Kordial Roselle dan Jem..?? Sebab anak2 saya tak bole minum kordial yg lain disebabkan oleh pewarna atau bahan pengawet yg digunakan. Even kordial yg terkenal pun anak saya tak bole minum.
Ini resepi saya...
Kordial Roselle
Bahan :-
Bunga Roselle (dibuang tampuk tengahnya)
Gula
Air
Caranya :-
* Bunga dimasak dgn air hingga menggelegak.
* Masukkan gula mengikut rasa.
* Tutup api bila air sudah menggelegak.
* Tapiskan air tersebut dan asingkan bunga roselle utk dibuat jem pula.
Jem Roselle
Bahan :-
Bunga roselle (yg sudah diguna utk buat kordial)
Gula
Limau Kasturi
Caranya :-
* Kisar bunga roselle dan masak dlm kuali sehingga hampir kering.
* Masukkan gula mengikut rasa dan gaul rata sehingga pekat dan kering.
* Perahkan sedikit limau kasturi utk wangi dan juga utk bagi tahan lama.
* Masak hingga betul2 kering atau tua.
No comments:
Post a Comment