Monday, February 18, 2013

Bubur Nasi Celery dan Bebola Ikan

Hari ni anak bongsu saya, Aqif batuk berkahak. Saya kena control dan jaga makan dia sebab kalau tak, bole trigger asthma.

Memandangkan masa utk masak sgt suntuk sebab saya pun baru balik dari mengajar, saya decide utk buat bubur nasi. Tiba2 datang pulak idea nak buat resepi sendiri. Akhirnya jadi lah bubur nasi celery dan bebola ikan.

Saya hanya gunakan bawang putih dan halia sahaja utk tackle selera mkn utk tekak orang sakit....hihihi....nasib baik sedap! :P

Bahan :-

Beras
Hirisan Celery
Bebola Ikan (dipotong dadu)
Bawang putih (cincang halus)
Halia (dipotong dlm bentuk keping yg besar agar mudah dibuang jika x suka)

Caranya :-

1. Tumis bawang putih cincang dan halua hingga naik bau wanginya.
2. Masukkan fishball dan kacau sebentar
3. Masukkan beras yg telah dibasuh dan air.
4. Biar hingga kembang.
5. Masukkan potongan celery dan kacau rata. Masukkan sedikit garam. Jika suka, tambah sedikit serbuk kada hitam atau lada sulah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...