Wednesday, July 4, 2012

Telur Goreng Masak Asam Jawa

Lauk ni saya selalu masak bila anak-anak tengah takde selera makan. Dan lauk ni jugak saya selalu buat waktu sahur sebab selalunya bila anak-anak bangun sahur, diorang tak nak makan disebabkan terlalu mengantuk. Bila diorang tengok lauk ni je, mesti mintak nasi...hihihi

Cuba la ye lebih2 lagi bulan puasa bakal tiba...^_^




Bahan  :

Telur (digoreng)
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Air asam jawa
Lada kering (dihiris)
Buah Tomato
Carrot (jika suka)
Celery (jika suka)
Gula 
Garam

Caranya  :-

Tumis bawang besar, cili kering dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan perahan air asam jawa. Masukkan sayur2. Masukkan gula dan garam ikut rasa.

Dah siap....mudah saje kan? Selamat mencuba! ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...