Tuesday, August 12, 2014

Apa itu Chia Seed ?

APA ITU CHIA SEED..?? 

Saya dah dengar pasal Chia Seeds dah lama sebab saya suka tengok rancangan Dr.Oz tu. Tapi....saya just ignore je memandangkan saya selalu tak teringat nak cari Chia Seed bila saya ke kedai organik. Hinggalah pada suatu hari saya ke farmasi dan Pharmacist tu explain pada saya tentang kelebihan dan kebaikan Chia Seed tu. So, so far saya dah amalkan Chia Seed ni dah hampir sebulan...memang ada yg dah nampak bagusnya Chia Seed ni...hihi..

Ini le rupa Chia Seed...


Macam biji selasih kan? Nampak sama kan? Kan?


Bila dia kembang, rupa pun mcm biji selasih jugak...


DARI MANA ASALNYA CHIA SEED NI..?

Chia Seed ni adalah biji2 dari sejenis pokok bunga iaitu Salvia hispanica yg hidup di kawasan gurun di Salvia hispanica yg hidup di kawasan gurun di Mexico dan pada zaman dulu2, kaum Aztec dari tamadun Mayan menggunakan bijirin tersebut dalam pemakanan mereka sehari2. 


APA KHASIAT CHIA SEED?

Chia Seed sangat kaya dengan khasiat2 yang tersendiri. Iaitu...

#  Fiber
Ianya kaya dengan fiber yg dapat membantu mereka2 yg mempunyai maslaah penghadaman

#  Membantu pesakit Diabitis
Mempunyai potensi untuk membantu pesakit diabitis kerana ianya dapat memberikan tenaga, mengimbangi kadar gula dalam badan dan mengelakkan dari dehidrasi.

#  Kaya dengan Omega 3
Mengandungi khasiat Omega-3 yg sangat baik untuk perkembangan otak kita. Dan juga dapat mencantikkan lagi kulit kita...hihi...mudah-mudahan... 

#  Mengandungi Kalsium
Kandungan kalsium dalam Chia Seed adalah 3 kali ganda berbandinng dengan susu. Bagus utk pertumbuhan tulang dan gigi. Dan dapat mengelakkan dari mengalami masalah Osteoporosis.

#  Mengenyangkan
Bila Chia Seed direndam dalam air, ianya akan mengembang. Kita akan rasa kenyang untuk jangka masa yg agak lama.Jadi, kita akan kurang makan la nampak gayanya...hihi...

#  Membantu melawaskan
Bagi yg mempunyai masalah usus, ianya dapat membantu melancarkan proses 'pembuangan' anda nanti...hihi...

#  Kaya Protein dan Tiada Kolesterol
Merupakan sumber protein yg sesuai bagi vegetarian dan juga dapat membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan kita. Bagus utk kesihatan jantung.


BAGAIMANA CARA NAK MAKAN CHIA SEED?

*  Bole rendam dalam air sejuk atau juice dan minum.
*  Campurkan dgn oat,yogurt atau salad
*  Masukkan dlm bancuhan biskut atau dalam doh roti


KAT MANA NAK BELI CHIA SEED NI..?

Bole dibeli di mana2 kedai organik atau yg paling senang ialah kat Cosway... :-)


So, marilah kita sama2 masukkan Chia Seed dalam diet kita sehari-hari. Apa salahnya mencuba kan... Mudah-mudahan dapat perbaiki lagi tahap kesihatan kita.. (^_^)

Tuesday, January 14, 2014

Multigrains Rice

Apa itu multigrains rice? Multigrains rice tu adalah kombinasi nasi yg dimasak bersama kekacang2 yg lain.

Saya mula tahu pasal ni nila tengok banyak rencana2 Korea. Rakyat Korea lebih2 lg 'cancer survivor' mengamalkan pemakanan begini dan ada yg 'free cancer' sekarang ni.

Begitu juga bagi penghidap kencing manis, hypertension, jantung, dan lain2. Senang cerita, jika kita tukar pemakanan kita kepada yg lebih sihat, insyaAllah segala penyakit dapat dielakkan.

Yg pasti, selalunya beras yg digunakan ialah beras perang (brown rice). Sebolehnya elakkan menggunakan beras putih. Err...kalau nak explqin panjang kat sini. Bole google kenapa beras putih x berapa bagus ye...hihihi...

Kekacang yg bole dimasukkan ada pelbagai seperti :-

*  Kacang hijau
*  Kacang dal
*  Barli
*  Kacang merah
*  Kidney bean (yg buat lepat pulut tu..)
*  Kuaci labu (pumpkin seeds)
*  Kuaci bunga matahari
*  Kacang kuda
*  Oats kasar

Dan baaaanyak lagi...! Kita la yg kena kreatif.

Tips :-

-  Untuk kekacang yg lambat kembang, rendam dlm air panas kejap
-  Untuk yg mudah kembang, basuh sekali dgn beras mcm biasa.
-  Untuk oats, masukkan lepas beras dah dibasuh.


Saya doakan perkongsian saya ini jika dimanfaatkan dan kita sama2 tukar pemakanan kita, semoga diberi kesihatan yg lebih baik ye...ameen... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...