Sekarang ni terlalu banyak penyakit2 yg merbahaya di dunia ini. Terutamanya ialah kanser dan yg lain2 pun seperti sakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan lain2.
Saya percaya yg ini disebabkan makanan sehari2 mengandungi terlalu banyak bahan2 chemical yg bukan dtg dari sumber asli. Kanak2 pun semakin ramai yg menghadapi masalah alahan dan juga asma. Termasuk la anak2 saya sendiri.
Timbul lah rasa lebih berhati2 saya pada segala makanan yg kami ambil. Dari situ, saya mula tukar sedikit demi sedikit barangan makanan saya dari masa ke semasa. Di bawah ini adalah beberapa barangan yg saya guna skrg ini iaitu :-
1) Nasi Putih > Nasi Perang
Bagi yg tidak biasa dgn nasi perang ni bole mulakan dgn ratio 50 : 50 dlm sukatan beras.
2) White Sugar > Brown Sugar
Saya gunakan dlm bancuhan air atau dlm masakan. Sedap jgk! :-)
3) Garam biasa > Himalayan Rock Salt
Pun tak byk beza rasanya....
4) Natural Soda
Saya amalkan minum air soda + garam + lemon utk alkaline kan dalam badan saya.
5) Tepung biasa > Unbleached flour
Selepas tahu akan bahayanya penggunaan Benzoyl Peroxide dlm tepung, saya mula menggunakan unbleached flour ataupun organic flour.
Ada byk lg yg anda bole tukar dlm bahan makanan/masakan. Dari kesedaran ini juga la saya mula byk buat homemade food. Saya selalu elakkan processed food tapi sekali sekala tu ada juga membelinya dlm jumlah yg minimum.
Bagi anda yg baru nak mula, sebaiknya mulakan sedikit demi sedikit ye agar tidak dirasakan menyusahkan....hihi... Anda bole google untuk ketahui setiap khasiat atau kebaikan barangan2 di atas.
Saya hanya ikhtiar demi kesihatan kami sekeluarga. Saya hanya berkongsi cerita dgn anda. Mudah2an dgn usaha yg sedikit ni bole menjauhkan kita semua dari penyakit yg merbahaya...ameen... Semoga kita dpt meluaskan niat kita utk menjadi keluarga Islam yg sihat...(^_^)